Salam semua,
Harini saya nak kongsikan cara bagaimana melembapkan bibir yang kering dan kusam, dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada, yang kita boleh jumpa di dapur rumah kita. Bahan ini mudah didapati, cuma kadang tu kita tak perasan kegunaan dan khasiatnya sahaja. Cubalah, mudah je... 1.Lemon Perah lemon sedikit dan madu sedikit. Sedikit tu sekadar satu sudu kecil pun okay. Kemudian gaulkan, dan oleskan pada bibir dengan rata. Biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air, dan lihat perbezaannya. 2.Timun Kita biasa dengar timun digunakan untuk letak di mata kan. Haa, sis tahu tak, timun boleh juga letak kat bibir. Dia akan menyejukkan dan juga melembapkan bibir tau. 3.Mentega Mentega yang cair, boleh disapu pada bibir bagi memberikan kelembapan. Sebab itu kebanyakan lipstick mengandungi mentega kerana ianya memang memberikan kesan lembap. 4.Lidah Buaya Ambil lidah buaya, dan keluarkan isinya yang lembut itu. Lalu sapukan pada bibir yang kering. Lidah buaya atau aloe vera ini sangat berkesan merawat masalah bibir kering. 5.Air Mineral, atau air putih Ya, sudah pasti. Minum air yang banyak pasti akan dapat mengekalkan kelembapan bibir. Minum air sekurang-kurangnya 1.5L sehari (botol mineral besar), pasti akan kelihatan perbezaan. Salam sayang, Cikgu Ain
0 Comments
1. PENUAAN. Lazimnya bila umur bertambah, bibir akan menjadi gelap sedikit. Misalnya apabila berumur melebihi 30-an. Ini adalah disebabkan perubahan hormon tubuh badan kita.
2. CAHAYA MATAHARI. Pendedahan berterusan atau berpanjangan terhadap cahaya matahari dapat menyebabkan bibir menjadi gelap dan kusam. Ini kerana cahaya mengandungi sinar UV yang mampu merosakkan kulit kita. 3. MEROKOK. Rokok yang mengandungi pelbagai jenis bahan kimia berbahaya dapat memudaratkan bibir, sekaligus mematikan sel-sel di bibir. 4. KAFEIN. Bagi penggemar kopi atau teh, berhati-hatilah kerana kafein didalam minuman dapat menyebabkan bibir menjadi gelap. Minum sekadar sahaja. Nak kulit glowing menggunakan bahan semula jadi?😍
Anda hanya perlukan jus lemon dan yogurt sahaja..😉 #TipsKecantikan #CMKbyAinTipsKecantikan #CMKbyAin Air putih, atau lebih dikenali sebagai air masak, merupakan satu minuman yang sangat baik untuk tubuh badan kita. Air putih dapat membantu mengawal suhu badan, menjaga sendi-sendi, dan mengkumuh zat atau nutrien yang berlebihan dalam badan.
Seharusnya, kita perlu meminum sekurang kurangnya 8 gelas air sehari, atau bersamaan dengan 1.5 liter air. Cuba anda kira, berapakah jumlah liter air yang anda minum sehari hari? Adakah lebih atau kurang? Awas, jika kurang, anda perlu menambah bilangan gelas yang perlu diminum. -Air putih dapat menjaga fungsi usus dan sistem penghadaman dengan baik. -Ginjal lebih terjaga. Gejala batu dalam ginjal dapat dielakkan -Mengekalkan kelembapan kulit terutama kulit muka dan bibir! Cuba gunakan lipstick anda untuk ujian ni:
1. Sapukan atau oleskan lipstick pada tangan anda. Sedikit sudah memadai. 2. Gosokkan cincin emas (ingat emas sahaja), pada kesan gincu di tangan anda tadi. 3. Jika warna gincu BERUBAH menjadi hitam, bererti gincu tersebut mengandungi PLUMBUM. Cubalah.. Anda tiada keyakinan diri disebabkan bibir yang hitam? Anda dah cuba pakai lip balm dan juga lip gloss, tapi bibir masih kekal hitam? Betul, lip balm dan lip gloss hanya melembapkan bibir sahaja. Ianya tidak dapat menyembuh dan merawat bibir yang hitam.
Kenapa bibir anda hitam, ialah kerana samada anda merokok atau lipstick yang anda gunakan mengandungi parafin atau logam berat lain. Sebab itulah bibir menjadi hitam kusam. Lipstick CMK tidak mengandungi sebarang logam berat ataupun bahan kimia, dan dapat menyembuhkan masalah bibir hitam secara semulajadi. Selain itu terdapat beberapa cara yang mampu mengubat bibir hitam: 1. LEMON Lemon mengandungi Vitamin C yang tinggi. Ia mempunyai alpha hydroxy acid yang mampu mengeluarkan sel-sel mati di bibir anda. Mudah saja, ambil perahan air lemon dan sapukan rata pada bibir. 2. MADU Sejak dahulu lagi, madu berkesan sebagai pelembab dan pencerah bibir secara alami. Gunakan madu dan sapukan pada sekitar bibir sebelum tidur, dan biarkan madu menyerap dalam kulit bibir. 3. MINYAK ZAITUN Mungkin ramai tidak tahu, khasiat minyak zaitun juga dapat menyembuhkan masalah bibir hitam. Kandungan Omega-3 dan antioksidan yang ada padanya, sangat berkesan mengeluarkan sel-sel mati di bibir. Sapukan pada bibir dan biarkan ianya kering. 4. LIDAH BUAYA Lidah buaya atau aloe vera, selain berkesan menyembuhkan kulit yang luka. Ia turut berupaya mencerahkan kulit bibir. Cuma sapukan pada bibir, tapi pastikan tidak tertelan kerana ia mempunyai rasa yang tajam dan pahit. 5. MINYAK ALMOND Ya, minyak almond boleh mencerah dan melembapkan bibir secara semulajadi. Sapukan dan biarkan ianya kering. 6. AVOCADO Avocado juga dapat mencerahkan bibir secara berkesan. 1. Pilih Lipstick yang bersesuaian dengan anda.
2. Buka Lipstick dengan berhati-hati. 3. Oleskan pada bibir bermula di bahagian bawah bibir. 4. Kemudian teruskan pada bahagian atas bibir. |
AuthorCikgu Ain Archives
November 2017
Categories |